Aku Terpenjara Bersama Kegelapan
Oh…dimanakah aku…
Aku terpenjara..didalam sebuah
kamar ditemani kegelapan
Tidak kelihatan pancaran cahaya
untuk menerangi pandangan
Tiada kelihatan laluan untuk
melalui kebebasan
Aku menyesal..
Dahulu aku berusaha merentasi
perjalanan
Menjadi nafsu sebagai tunggangan
Sehingga aku tersesat di lembah
kegelapan
Aku tersiksa..
Terpenjara kerana kemaksiatan
Menjadikannya santapan seharian
Sehingga aku tidak bisa lagi keluar dari penderitaan
Mampukah aku keluar dari
kegelapan
Demi mencari sinaran cahaya
Untuk aku jadikan pedoman
Agar aku tidak sesat selamanya
Mampukan aku keluar dari penjara
kemaksiatan
Demi mengutip secebis kebaikan
Untuk aku jadikan tebusan
Agar terbit rasa kehambaan
Aku terlalu jauh tersesat di
dalam kegelapan ini
Sungguh sukar aku mencari
petunjuk
Sehingga tidak kelihatan lagi
jalan keluar
Dimanakah aku?? Dimanakah cahaya
untuk menerangi kegelisahanku
Sungguh.. aku tidak mampu
Kemaksiatanku memenjara diriku
sendiri
Aku tersiksa hidup didalam
penjara ini
Namun aku sendiri yang
membinanya
Sehingga ia merantai diri ku
sendiri
Aku tidak mampu menahanya lagi
Keluarkanlah aku…
Keluarkanlah aku dari kegelapan
ini
Aku dahagakan cahaya Ilahi
Bebaskanlah kau..
Bebaskanlah kau dari penjara ini
Aku rindukan petunjuk Nabi
Keluarkanlah aku…bebaskanlah
aku..jangan biarkan aku begini selamnya…
(rintihan sekeping hati didalam
jasad manusia yang hanya pinjaman dari Ilahi)
Wahai manusia..dengarkanlah
rintihan hatimu ini yang sedang menderita kerana dosa yang engkau sendiri cipta
Engkau membiarkan nafsumu bergembira
sedangkan hatimu..imanmu sedang merana
sedarlah..hatimu sedang merayu
dan merintih..
Keluarkanlah hatimu dari terus
tersesat didalam kegelapan
Bebaskanlah hatimu dari maksiat
yang membelenggu dirimu
“Sungguh beruntung orang yang
menyucikannya (jiwa) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya” [Asy-Syams : 9-10]
“Dan bersegeralah mencari
keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan
bumi yang disediakan untuk orang-rang yang bertaqwa [Ali-Imran : 133 ]
Posted by,
[ Angah ]











0 Wasiat Ditinggalkan:
Post a Comment