Pena Alam Maya

Kalam mutiara dari Syeikh Ibnu Atho'illah As-Sakandari yang ada dinukilkan di dalam kitabnya Al-Hikam : "...Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku di atasmu..."

Ke Mana Nafas Hari Ini?

Wednesday, January 11, 2012

Lama sungguh meninggalkan salah satu medium dakwah ini...
Semoga nafas yang mendatang diiringi perjalanan yang baik...

Tangisan Muhasabah Kesyukuran Ramadhan

Wednesday, August 10, 2011

Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.
Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Bersyukurlah kita yang berada di Malaysia negara yang makmur dan aman damai. Kita bebas untuk makan apa sahaja dan bebas untuk kemana-mana. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita tengok gambar-gambar keadaan mereka di sana. Sumber daripada theatlantic.com.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.
Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api.
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.
Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.
Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.
Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.
Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley.
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia
Keadaan haiwan ternakan di sana.
Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.
Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas.
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011
Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.
Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia.
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011.
Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011.
Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Mencipta Seni Kematian~

Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum Semua!!!
Lama tak berkongsi sesuatu disebabkan masih dalam fatrah imtihan. Bittaufiq wannajah buat sahabat-sahabat :::medicalCLICK::: Kali ini, biar gambar yang membicarakan kata-kata saya. Bukan kerana hendak menjimatkan masa, tetapi ia lebih mampu memberi kesan kepada jiwa. Dari lidah kepada tulisan dan dari tulisan beralih pada pengamatan. Semoga dari mata ia mampu jatuh ke hati dan dari hati zahirlah pada peribadi. Pasanglah cita-cita setinggi mereka. InsyaAllah~









Apa perasaan sahabat-sahabat melihat gambar-gambar diatas? Para shuhada 'mencipta seni' pada kematian mereka dengan mengukirkan senyuman. Mereka sudah pasti, tapi bagaimana dengan kita? Adakah akan mengikut jejak mereka? Atau Allah SWT mengambil nyawa pinjaman ini saat kita melakukan maksiat dan matilah kita dalam keadaan yang aib?

Renungkanlah sahabat semua. Ingatkan saya juga tatkala diri ini alpa dan lupa...
"Mereka Sudah, Anda Bagaimana?"


Sumber Gambar : Paradigma MUKMIN

Tahukah Anda Versi Islam & Sains 1

Sunday, May 15, 2011


… jantung manusia berdenyut dengan kadar purata  70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah, dan dalam sehari ia mampu mengepam 8 ribu liter darah

… ulama’ telah bersepakat bahawa hukum merokok adalah haram
… terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki

… Menara Abraj Al Bait di Makkah mempunyai jam yang terbesar di dunia
… sangkar tulang rusuk (rib cage) adalah komponen kepada sistem pernafasan manusia

… Nabi Muhammad SAW ketika menunjukkan mukjizat yang diberikan Allah kepadanya untuk membelah bulan, ketika baginda berada di atas Jabal Qubais

… bersin yang biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus
… nazar mewajibkan seseorang Muslim untuk melakukan sesuatu ibadah yang asal hukumnya tidak wajib

… senyuman sebenar bukan sahaja menggerakkan otot di mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam
… sepakat ulama’ mengatakan bahawa kitab hadith Sohih Al-Bukhari adalah kitab yang kedua paling sohih selepas Al-Quran

… fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena
1ST 2ND & 3RD YEAR CONVENTIONAL EXAMINATION SCHEDULE
FOBIA DENGAN EXAM???

ALLAH Menegur Amalan AKU…Mungkin Jua KAMU

Thursday, April 7, 2011

Astaghfirullahala’zim…
Ampuni diriku Ya Allah di setiap gerak yang aku lakukan…
Sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri…

Dalam kedukaan terhadap dosa-dosa, syukur kepada Allah kerana ada yang sudi memberi nasihat. Itulah sebaik-baik sahabat, tidak biarkan sahabatnya yang lain hanyut dengan dosa bahkan tidak putus-putus menarik ke tepian dari hanyut ke tengah lautan walau yang dicampakkan hanya seutas benang untuk menarik jasad seseorang.

“Bersyukur dengan dosa kita yang lalu sebab dosa itu buat kita rasa hina dan tidak sombong dengan amalan kita…” Hairiezal

Ya Allah mungkinkah ibadah aku sebelum ini bukan untuk Engkau, jika benar nescaya sia-sialah ibadah itu dan memang patut ia tidak memberi ketenangan kepadaku sebaliknya mendatangkan keresahan dan membawa aku jauh dari rahmat-Mu.

Terdapat banyak hadith Nabi yang menyebut berkenaan dengan sebaik-baik ilmu dan amal antaranya beriman dengan Allah, solat pada awal waktu, berbuat baik kepada ibu bapa, jihad fisabilillah, zikir dengan kalimah la ilaha illallah, qiamullail, belajar dan mengajar Al-Quran dan lain-lain lagi. Namun terdapat satu lagi kalam indah dari seorang ulama’ sufi yang mampu meninggalkan peringatan selamanya buat diri ini. Fudhail Bin Iyadh pernah berkata :

“Sebaik-baik ilmu dan amal ialah apa yang sembunyi dari manusia…”

Tatkala kehidupan harian kita dihiasi ibadah, tiba-tiba dosa dan maksiat datang mencelah. Barangkali itu teguran Allah tentang amalan yang pernah kita lakukan. Mungkinkah kita telah mensyirikkan Allah dengan amalan??? Na’uzubillah minzalik…

Ampuni kami Ya Allah kerana menduakan-Mu dalam ibadah kami. Mendatangkan sesuatu yang lain ketika menghadap-Mu. Dan mencampuri urusan dunia kami dengan urusan akhirat-Mu.


Tanda Penerimaan Amalan

Ketika soalan ini diajukan kepada sebahagian arifin tentang hal ini, lantas dijawabnya :

“Kamu lupa kepadanya (amalan) dan terputus pandangan kamu daripadanya (amalan) sama sekali…”

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Fatir ayat 10 yang bermaksud :

“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah-lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatnya naik (sebagai amal yang makbul, yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya : Orang yang merancang kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa…”

Syeikh Abu Abdullah Al-Quraisyi telah berkata tentang amalan orang yang tidak merasai kemanisan dalam hatinya :

“Sesungguhnya di sisi kamu ada anak perempuan iblis, iaitu dunia. Tidak dapat tidak seorang ayah akan menziarahi anak perempuannya itu di rumahnya, iaitu hati kamu, dan tidak memberi kesan kemasukan ziarahnya itu melainkan kerosakan…”

Wallahu’alam…


Rujukan : Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya…