Kenapa kamu semua masih baca post ini? Ya memang ini blog umum, untuk bacaan semua tapi sebagai pemilik blog ini saya melarang keras kamu semua dari membaca post kali ini. Faham!
Sampai setakat ini kamu masih membaca? Tidak mengapa saya maafkan, tetapi jangan terus membaca lagi selepas perenggan baru dibawah dan lebih-lebih lagi jangan cuba untuk membaca ayat-ayat bertulisan biru. Ingat!
Bukan semua suka dipuji dan bukan semua rela dimaki. Manusia memang hina, tapi bukan kita yang layak menghina. Kita tidak suka dimarahi tapi kita sendiri yang membuat orang lain marahkan kita kerana anda membaca post ini. Masih kamu membaca lagi? Kenapa?!!!
Saya bagi peluang lagi kepada kamu walaupun kamu semua masih membaca, lagi pun ada beberapa ayat yang saya perlu tuliskan dan diwarnakan dengan warna biru. Jadi saya ulangi, jangan membaca lagi dan berhenti disini. Tapi kamu masih membaca.
Petunjuk yang jelas saya akan beri. Habis sahaja ayat pada baris ini akan disambung dengan ayat lain yang bertulisan biru, jadi patuh dengan apa yang saya cakapkan, jangan baca. Tetapi kerana kerasnya kepala dan hati kamu, kamu masih juga membaca. Mengapa?!!!
Bagaimana caranya lagi untuk saya sampaikan kepada kamu? Kamu masih membaca dan terus membaca.
Ayat terakhir dari perenggan ini merupakan ayat terakhir yang akan diwarnakan dengan warna biru, sudah pasti kamu tahu ia akan diwarnakan dengan warna biru kerana kamu berdegil dengan membaca ayat-ayat yang saya sudah tulis sebelumnya. Jadi kamu sudah tahu ia akan berwarna biru dan maksudnya kamu sama sekali dilarang untuk membacanya walaupun yang berwarna hitam juga dilarang untuk dibaca. Kamulah orang yang paling degil, bongkak, sombong, penderhaka dan orang yang zalim!!!
*** *** ***
Bacalah. Teruskan membaca. Tapi sehingga kini dapatkah kamu semua mengetahui apa yang ingin saya sampaikan? Siapalah saya ini untuk menyuruh kamu semua tunduk dan patuh akan segala yang saya katakan tetapi SIAPALAH KITA UNTUK TIDAK TUNDUK DAN PATUH KEPADA SEGALA SURUHAN DAN LARANGAN YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH TAALA!!!
Perumpamaan : Andai kata dari awal lagi kita patuh akan arahan yang diberikan (untuk tidak membaca post), sudah pastinya kita akan jauh daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang lain (dengan meneruskan pembacaan dan membaca tulisan biru). Banyak peluang dari saya tapi lebih banyak lagi peluang dari Allah dan terlalu luas pintu taubat yang sentiasa terbuka.
Dalam keadaan yang sering melakukan ketidaktaatan kepada Allah, namun kita masih lagi mampu meneruskan kehidupan disamping segala nikmat kurniaan-Nya. Kerana apa? Dunia ini bukanlah tempat balasan. Jika dunia ini dijadikan tempat balasan, sudah tentu musnah kita semua dan hidupan-hidupan lain. Jika dunia ini tempat balasan, hukum dan azab Allah akan terus menerus turun keatas makhluk-Nya yang derhaka. Binasalah pembuka-pembuka aurat, binasalah orang-orang yang tidak menjaga ikhtilat, binasalah pelaku-pelaku maksiat dan binasalah umat Nabi Muhammad yang mendustakan kalam-Nya dan mengingkari suruhan kekasih-Nya.
Terlalu banyak dosa kita kepada Pencipta dan banyak daripada dosa-dosa kita itu diampunkan oleh-Nya. Namun sedikit sungguh dari kita yang sedar dan bersyukur.
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. [Al-Mulk : Ayat 23]
“Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri”










1 Wasiat Ditinggalkan:
salam..=)
mkn lama mkn risau membc blog im n sahabat2 laen..x nk buka mcm ada 'something' utk dcari..hmm
...mmg wajib kita patuh tp yg pyhnya istiqomah en.im..ssh btl bler sbt bab tu..
Post a Comment