Alhamdulillah...Syukur atas ketenangan yang dikurniakan Allah SWT dengan duduk dan berada disekeliling orang-orang yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu-Nya, pelajar pengajian Islam. Angin bandar Kaherah berlainan dengan Mansurah. Begitu juga perasaan.
Alhamdulillah sekali lagi dan sepatutnya sentiasa dilafazkan. Baru-baru ini saya berkesempatan menghadirkan diri ke dua majlis akad nikah. Pasangan pertama Ustaz Syafiq (Melaka) dan isterinya Ustazah Aini Juwita (Singapura). Majlis akad nikah diadakan di Masjid Salam di Hayyu Asyir sekitar pulul 10.30 pagi. Duduk dibelakang saksi untuk melihat sendiri apa prosedur yang dijalankan. Semoga mendapat keberkatan.
Pada hari yang sama, dalam pukul 12.30 tengahari bertempat di Surau Rumah Terengganu berlangsungnya satu lagi majlis akad nikah. Pasangan kali ini ialah Ustaz Muzani (Terengganu-Melaka) dan Ustazah Nurul Aini Hasmidar (Terengganu). Kali ini duduk berjauhan sedikit tetapi berhampiran dua orang yang penting, Dr. Che Mohd. Nur Anas, bakal pengantin dan Ustaz Syahrul, pengantin baru. Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang ada pada diri mereka untuk diri ini.
Ingin berkongsi beberapa perkara yang menarik dan semoga ada kebaikan padanya. Majlis akad nikah mereka dijalankan beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir tahun mereka, penuntut Universiti Al-Azhar. Kesemua pasangan juga merupakan pelajar Tahun 1 Universiti Al-Azhar. Nampak, tidak terlalu muda bagi mereka dan bukan umur jadi halangan tapi sunnah Rasulullah SAW yang ditegakkan. Dan yang mengagumkan saya ialah kedua-dua pengantin lelaki hanya melafazkan akad dengan sekali lafaz. Allahuakbar!
Ada berapa perkara lagi yang baru dipelajari ketika berada di majlis akad nikah mereka, hasil penerangan juru nikah bertauliah dan juga pegawai Johor di Mesir, Ustaz Hanif. Khutbah yang disampaikan sangat ringkas tapi menarik perhatian. Talak ialah salah suatu perkara yang halal tetapi ia adalah perkara halal yang paling tidak disukai Allah. Ingin rasanya berkongsi tentang takliq, salah satu bentuk talak yang dilafazkan oleh pengantin lelaki selesai sahaja akad nikah dan ianya diharuskan dalam agama. Mungkin akan diceritakan pada post akan datang kerana ingin mengumpul sedikit lagi ilmu dan maklumat mengenainya.
Semoga dipermudahkan.
Daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda : "Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul iaitu malu, memakai wangian dan berkahwin." [HR Tarmizi]
Perkongsian...Akan dihuraikan kemudian
Terdengar kata-kata dan falsafah daripada pembacaan beberapa orang ustaz.
Perempuan yang belajar tinggi-tinggi semua EGO! Betulkah???
Diberi perumpamaan lain. Semua tiang tegak, tapi sudahkah engkau lihat semua tiang didunia?
Jadi, perempuan yang belajar tinggi-tinggi semua ego. Sudahkah engkau berjumpa dengan semua perempuan didunia ini? Fikir-fikirkan.
- Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kesemua pasangan
- Sepanjang sesi 2009/2010 ini sudah enam pasangan dari ahli negeri Melaka di Mesir yang telah mendirikan rumah tangga
- Tahniah buat Ustaz Abd. Hakim (Perak) dan Ustazah Nurhamizah (Melaka) atas kelahiran puteri sulung mereka, Tasneem
- Ustaz Syafiq dan Ustazah Aini Juwita akan berpindah dan tinggal di Dirasat, MansurahRujukan : Fiqh Manhaji (Kitab Fikah Mazhab Syafie) Jilid 4 Bab 13 & 14










9 Wasiat Ditinggalkan:
contoh ke'EGO'an perempuan itu??
>>> anon
Entah la...
Saya x setuju pun...
Diberi perumpamaan lain. Semua tiang tegak, tapi sudahkah engkau lihat semua tiang didunia?
Jadi, perempuan yang belajar tinggi-tinggi semua ego. Sudahkah engkau berjumpa dengan semua perempuan didunia ini? Fikir-fikirkan.
Tak semua perempuan begitu dan tak semua lelaki begitu.Maksud saya semuanya stick pada satu kenyataan padahal kita sendiri tahu setiap manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Patut SEMUA ditukar kepada KEBANYAKAN mungkin sedikit boleh diterima ;)
Apa2 pun tahniah buat yang dah mendirikan masjid dan yang bakal mendirikan masjid.Menangis2 syaitan tengok,yang pergi tengok tu semoga dapat berkat jugak :)
JOM STUDY!good luck
jauh bawa diri...?
semoga ketemu apa yg dicari,
berkat dan doa harap mengiringi,
kalau hidup terasa sepi,
balik Mansurah nanti kita kenduri. XD
>>> Ummu Raihan
Yup betul3...
Jadi kesimpulannya tinggalkan falsafah barat (bukan semua)...
Dahulukan kata2 mutiara dari Islam (ni ayat Nasa)
p/s: Ummu Raihan ni kawan dengan RobotRaihan ke?
>>> AbuHumairah
Bawa hati sekali...
Minta sahabat2 doakan...
Ameen =)
Diam tak diam ramai dah warga Melaka di Mesir ni mendirikan rmh tangga ye tahun ni. :D Semoga mereka diberkati. :)
p/s: Masih dalam pelarian drp rmh ke? hihi...
jauh nye bwk diri n hati..
ish2..
jgn lupa bwk buku :p..
slamat study..
all d best..
k imran pn kawen xlama lg??
jgn lpe jmpt kami..
>>> ibnuismaini
Ye...Diam x diam...
Xboleh duduk diam kita dibuatnya...
InsyaAllah Ameen...
balas p/s:
Macam ganas sgt je ayat 'pelarian' 2 abg...
Uzlah ok kot =)
Ambil berkat ustaz2 [ustzh2 x =)] yg belajar dgn ulama'2 & masyaikh...
Tenang skit jiwa & raga kt sini...
>>> Anonymous
Bawa jauh??? Xla...Mendekatkan diri sebenarnya...
Banyak maksud kat ayat atas ni =)
Alhamdulillah bawak buku xlupa...
Takut2 lupa buka je...
Syukran jazilan...
Minta sahabat2 doa2kan saya ye...
salam,makin rancak rasanya kisah prkahwinan ni..sini sana..semoga bahagia dunia akhirat bg pengantin muda @ baru =)ramainya dr melaka...jmpt2la nanti yer en.penulis..=)
perempuan=ego??..mungkin bila perlu...wallahualam..
Post a Comment