Pena Alam Maya

Kalam mutiara dari Syeikh Ibnu Atho'illah As-Sakandari yang ada dinukilkan di dalam kitabnya Al-Hikam : "...Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku di atasmu..."

Kolaj Malaysia, Kolaj Dunia Dan Cawannya

Monday, June 14, 2010

Salam Imtihan buat sahabat-sahabat…..
Semoga sama-sama dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat…

Kolaj

Kolaj adalah antara salah satu bentuk seni yang saya pernah pelajari sewaktu di bangku sekolah rendah lagi. Ada juga ketika di sekolah menengah. Salah satu ranting kepada pokok subjek Pendidikan Seni. Definasinya saya tidak dapat berikan secara tepat.

Cebisan-cebisan kertas ditampal untuk membentuk gabungan dan corak-corak yang dinginkan. Warna-warni pada kertas yang ditampal diatas kertas yang lain menjadikan sesuatu yang dihasilkan melalui teknik kolaj ini nampak lebih baru dan menarik.

BEAST to BEAUTY

Masihkah anda semua ingat! Apa yang sering kita bualkan tidak kira ketika bersua muka ataupun di alam maya? Apa yang mengalihkan semua itu dari perbualan kita?

Suatu masa dulu, banyak perkara hangat yang diperkatakan, diperbualkan, diperdebatkan dan diperbahaskan. Masing-masing lantang bersuara.

Kertas asas yang ditampal keatasnya cebisan-cebisan kertas berwarna lain saya ertikan dengan masalah dan isu yang pernah timbul serta keburukan yang ada pada negara kita, Malaysia dan juga seluruh dunia.

Malaysia
- Kes syariah : Lina Joy, Kartika Dewi Shukarno, pengunaan kalimah ALLAH
- Kes juvana : adik Aminurashid, Altantuya (salah guna kuasa)
- Kehilangan enjin pesawat (keselamatan negara)
- Politik kotor dan rasuah
- Lesen judi bola sepak
- APCO & Asiasoft

Dunia
- Penghinaan keatas Islam dan Nabi Muhammad
- Pembunuhan pejuang dan penduduk Islam
- Pencerobohan di Afghanistan
- Kekejaman Israel di Gaza
- Isu Masjid Al-Aqsa

Itu hanyalah sedikit yang pernah kita ketahui, itu pun kerana dijadikan tajuk-tajuk utama media. Ingat lagi atau tidak? Masih banyak yang tidak ditimbulkan dan yang tidak pernah kita ketahui. Jadi apakah yang boleh kita samakan cebisan-cebisan kertas berwarna-warni yang digunakan untuk menutup semua kehodohan itu? Sangat mudah. Setiap perkara baru yang timbul itulah yang akan menampal yang sebelumnya.

Pernah suatu masa kerisauan dan kegeraman umat Islam berkiblatkan Afghanistan dan Palestin, kemudian secara drastiknya ia berpaling kepada kegelisahan terhadap penyakit H1N1 ataupun 'selsema babi' yang juga pernah digembar-gemburkan sebagai senjata biologi. Dua perkara yang kelihatan seperti langit dan bumi tetapi sebenarnya bagai hujan yang menyambungkan keduanya.

Teka-teki pantas buat anda yang membaca. Apakah yang menjadi cebisan terbesar dalam kolaj dunia dan Malaysia sekarang? Jawapannya ialah cawan dunia.

World Cup telah menutup kesemuanya dari pandangan kita. Mungkin masih ada yang berjuang melawan BEAST, tetapi berapa ramai yang telah tertawan kepada BEAUTY…Tidak terlintas langsung melarang sahabat-sahabat daripada menyaksikan corak permainan pasukan kegemaran masing-masing, tapi ingatlah, perjuangan kita belum tamat.

Coretan ini merupakan pandangan yang mungkin ada benar dan silapnya. Juga sebagai teguran dan peringatan buat diri dan sahabat-sahabat yang lupa akan mereka, saudara-saudara Islam kita.


6 Wasiat Ditinggalkan:

RobotRaihan said...

xtahu nak komen apa..cuma nak cakap..nice post..'cawan dunia bagai telah mengalih segalanya'

good luck exam

Anonymous said...

alah..
so xbleh tgk world cup la??

all d best exam..

Ta'aruf said...

>>> RobotRaihan
haaa lama x jumpa R&R ni....syukran
ditulis sekadar utk peringatan...



>>> Anonymous
xpernah terlintas mengharamkan perkara yang halal...
tengok je la sampai final...xde masalah...
asal jgn lupa 'saudara' kt sempadan sana sudah...
tapi sy bgtau result final...
of course Germany menang =)



>>> RobotRaihan & Anonymous
Pasukan pilihan negara mana???
Good Luck Exam!!!

RobotRaihan said...

oh xsangka pilihan kita sama.JERMAN!:) tp kan ade orang kata jerman dah tak hebat.hmm ..bergembira boleh,tp jangan abaikan yg disana...teruskan berdoa dan boikot serta berubah lah ke arah yg lebih baik..insyaALLAH...peringatan buat diri ini jugak yg sentiasa tak istiqamah :(

Ta'aruf said...

Oh ye ke...
Siapa yang cakap tu? Sume psycho je...
Kalau lemah xkan 'ter'sengaja menang 4-0

Yup tepat...
Prioriti kita untuk membantu mereka
DOA & BOIKOT!!! Ayuhlah kawan2...

Anonymous said...

tak nak la jerman...
kta bg egypt la...
hehe

Post a Comment