Pena Alam Maya

Kalam mutiara dari Syeikh Ibnu Atho'illah As-Sakandari yang ada dinukilkan di dalam kitabnya Al-Hikam : "...Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku di atasmu..."

Raya Yang Sebenar...

Friday, September 10, 2010



Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, berkaitan dengan konsep 'Hari Raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad SAW, hari raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

Menjauhi Dosa

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Sakaratul Maut

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakaratul maut, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikat maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga, kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita.

Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.



Jambatan Menuju Syurga/Neraka

Hari raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas.

Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Syurga

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Bertemu ALLAH

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hari raya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya.

Aidilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hari raya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakaratul-maut, titian Siratul-Mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

 Syukran buat adik-adik My Soff  01

Lailatulqadar...

Friday, September 3, 2010


Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamya tenang, damai, tenteram,tidak panas dan tidak terlalu dingin

Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup

Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahwa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi

Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung

Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang

Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari

Malam lailatulqadar adalah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” [Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Mengikut Anas daripada Nabi menyatakan bahawa : “Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.”

Bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah : “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apakah yang perlu aku buat?” Baginda menjawab : “Katakanlah : Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fua’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).” [Hadith Riwayat Imam Ibnu Majah]

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
[Surah Al-Qadr : Ayat 3]

University of Ramadhan
Bachelor of Taqwa


Understanding Hijab For Dummies

Tuesday, July 20, 2010

Thanks To Full White Moon

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana hanya Dia sahaja yang tahu kepada siapa hidayah-Nya akan diberikan. Hati penuh kegembiraan melihat sahabat-sahabat ikhwah mengenakan pakaian yang tepat sepertimana yang digariskan dalam Islam ketika bersama-sama beriadah di Istad semalam. Semoga hidayah-Nya berterusan mencurah keatas diri ini dan seluruh warga Mansurah. Ameen...

ANDA BILA LAGI???

Subhanallah!!! Sungai Dalam Laut

Sunday, July 11, 2010

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan taip-tiap sesuatu?”
[Fussilat : 53]


“Dan Dia-lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.”
[Al-Furqan : 53]

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV ‘Discovery’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau , seorang ahli oceanographer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau sempadan yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia tak berkunjung lagi untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman Ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu ertinya:

“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.”

Kemudian dibacakan Surat Al-Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari Surat Ar-Rahman Ayat 22 yang bermaksud “Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al-Quran ini mustahil disusun oleh Nabi Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang saat itu belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al-Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.




*Diolah sedikit untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman

Penjara!!!

Saturday, July 3, 2010

Aku Terpenjara Bersama Kegelapan
Oh…dimanakah aku…
Aku terpenjara..didalam sebuah kamar ditemani kegelapan
Tidak kelihatan pancaran cahaya untuk menerangi pandangan
Tiada kelihatan laluan untuk melalui kebebasan
Aku menyesal..
Dahulu aku berusaha merentasi perjalanan
Menjadi nafsu sebagai tunggangan
Sehingga aku tersesat di lembah kegelapan
Aku tersiksa..
Terpenjara kerana kemaksiatan
Menjadikannya santapan seharian
Sehingga aku tidak bisa lagi  keluar dari penderitaan
Mampukah aku keluar dari kegelapan
Demi mencari sinaran cahaya
Untuk aku jadikan pedoman
Agar  aku tidak sesat selamanya
Mampukan aku keluar dari penjara kemaksiatan
Demi mengutip secebis kebaikan
Untuk aku jadikan tebusan
Agar  terbit rasa kehambaan
Sungguh..aku tidak mampu
Aku terlalu jauh tersesat di dalam kegelapan ini
Sungguh sukar aku mencari petunjuk
Sehingga tidak kelihatan lagi jalan keluar
Dimanakah aku?? Dimanakah cahaya untuk menerangi kegelisahanku
Sungguh.. aku tidak mampu
Kemaksiatanku memenjara diriku sendiri
Aku tersiksa hidup didalam penjara ini
Namun aku sendiri yang membinanya
Sehingga ia merantai diri ku sendiri
Aku tidak mampu menahanya lagi
Keluarkanlah aku…
Keluarkanlah aku dari kegelapan ini
Aku dahagakan cahaya Ilahi
Bebaskanlah kau..
Bebaskanlah kau dari penjara ini
Aku rindukan petunjuk Nabi
Keluarkanlah aku…bebaskanlah aku..jangan biarkan aku begini selamnya…
(rintihan sekeping hati didalam jasad manusia yang hanya pinjaman dari Ilahi)
Wahai manusia..dengarkanlah rintihan hatimu ini yang sedang menderita kerana dosa yang engkau sendiri cipta
Engkau membiarkan nafsumu bergembira sedangkan hatimu..imanmu sedang merana
sedarlah..hatimu sedang merayu dan merintih..
Keluarkanlah hatimu dari terus tersesat didalam kegelapan
Bebaskanlah hatimu dari maksiat yang membelenggu dirimu
“Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya” [Asy-Syams : 9-10]
“Dan bersegeralah mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-rang yang bertaqwa [Ali-Imran : 133 ]
Posted by,
[ Angah ]