Pena Alam Maya

Kalam mutiara dari Syeikh Ibnu Atho'illah As-Sakandari yang ada dinukilkan di dalam kitabnya Al-Hikam : "...Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku di atasmu..."

Dulu, Kini Dan...

Wednesday, April 28, 2010


2 Jun 2008 : Menunggu Isyak di Surau Abdulrahman, Kolej Matrikulasi Melaka. Jari mendail menelefon kakak, “Angah, ayah macam mana? Dah ok?”. “Ilan, ayah dah tak de.”, balasnya. Terdiam.

1 Jun 2008 : Hari persandingan serentak antara abang dan akak serta pasangan masing-masing. Malamnya, sambutan awal iaitu sekeping kad Hari Bapa yang diisi kata-kata dari lapan orang anaknya kecuali seorang yang telah pulang ke kolej matrikulasi pada petangnya, diserahkan dengan gelak ketawa. Tergamam.


***   ***   ***   ***   ***


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Teringat beberapa hadith yang sebenarnya samar-samar dalam ingatan. Semoga penulisan kali ini dapat memperkuatkan kedudukan kalam-kalam Nabi dalam diri ini serta menjadi panduan dan ilmu tambahan yang penting buat sahabat-sahabat.

Kematian

Terdapat empat kewajipan utama yang dipertanggungjawabkan kepada mereka yang masih hidup (fardhu kifayah) untuk dilaksanakan apabila berhadapan dengan satu kematian :

1)      Memandikan
2)      Mengkafankan
3)      Menyembahyangkan
4)      Mengebumikan

Bagi bayi yang mati ketika dilahirkan dan sempat bernafas, kewajipannya ke atas jenazah sama seperti diatas. Manakala andai yang keluar itu tidak sempat bernafas (mati dalam kandungan), maka jenazah hanya perlu dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan. Mayat bayi yang tidak cukup sifat atau belum membentuk lembaga manusia disamakan seperti uri iaitu sunat untuk ditanam selepas dibersihkan dan dibungkus.

(a) Syarat jenazah yang diwajibkan mandi :

(i)         Mayat orang Islam
            (ii)        Didapati anggota walaupun sedikit
            (iii)       Bukan anak keguguran yang tidak cukup sifat
            (iv)       Bukan jenazah yang mati syahid

(b) Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah :

(i)                 Niat
(ii)               Berdiri bagi orang berupaya
(iii)              Empat takbir termasuk takbiratul ihram
(iv)              Membaca Al-Fatihah selepas takbir pertama
(v)               Selawat kepada Nabi selepas takbir kedua, 
     sekurang-kurangnya ialah :
               dan sebaik-baiknya ialah selawat Ibrahimiah yang dibaca 
     ketika duduk tahiyyat didalam solat  
(vi)             Doa kepada si mati selepas takbir ketiga, 
     sekurang-kurangnya ialah :
(vii)             Memberi salam selepas takbir keempat. Sebelum salam 
      disunatkan membaca:
  *bacaan untuk jenazah seorang lelaki
Terdapat beberapa hadith yang menceritakan tentang fadhilat bagi orang mengikuti solat jenazah sehingga jenazah dikebumikan. Antaranya ialah:

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mengiringi jenazah kerana iman dan ikhlas, serta turut bersamanya sehingga solat dan menyelenggarakan pengkebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat, satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud, dan sesiapa yang mengikut solat jenazah sahaja kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat.” [HR Bukhari]

Mengambil pengajaran dari kisah-kisah orang soleh yang dipetik dari blog Ustaz Salman.
Syeikh Najmuddin Al-Asbahani RH telah mengiringi jenazah seorang soleh di Makkah. Bila saja siap dikebumi maka orang yang mentalkin duduk mentalkinkan mayat. Tiba-tiba Syeikh Najmuddin ketawa (sedangkan dia jarang ketawa). Maka temannya bertanya sebab beliau ketawa. Dia memarahi penanya dan menjawabnya selapas peristiwa itu, "Aku ketawa hanyalah disebabkan apabila penalqin duduk untuk mentalqin, aku mendengar jenazah itu berkata, "Adakah kamu tidak pelik apabila orang yang mati (hati yang mati) mentalqin orang yang hidup (hati yang hidup)?"

Ulasan: Sabda Rasulullah SAW : “Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seumpama org yang hidup dan orang yang mati.” [HR Bukhari]

(28 April 1944 - 2 Jun 2008)
Selamat Hari Lahir Ayah. Semoga anakmu ini dapat mewarisi segala ilmu dan kebaikan yang ada serta berupaya menyambung perjuangan ayah dan sahabat-sahabat yang lain.

“Dulu, kini dan selamanya aku hanya bekerja dibawah KERAJAAN ALLAH






Rujukan : Kitab Nil Roja’, Sohih Bukhari, Buku Seminar PERUBATAN Ke-2 : Kelahiran & Kematian

17 Wasiat Ditinggalkan:

ainul mardhiah said...

ya Allah dia masih blh tersenyum...kuatnya dia ya allah(itulah yg mampu hati terdetik selepas im pulang ke kolej..)semoga arwah dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan org2 yg soleh.amin.=)

Ta'aruf said...

Jazakumullah khair buat shbat2 yg 'backup'...
kdang2 bnda2 2 unconcious...x sengaja 'senyum'...
Ameen Ya Allah...

ainul mardhiah said...

semoga kita kuat menjalani kehidupn mendtg utk semua kwn2 kat luar jugak...salam....

Anonymous said...

owh..
ayah imran penah jadi wakil rakyat..
thumbs up...
sama2 memajukn umat Islam..
PAS for all..
alamak 'ter'politik la plak..

Farhan said...

rupanya insan yang selalu gembira yg jarang2 sedih dan tdk menunjukkan kesedihan di depan orang rupanya menahan kesedihan.. ALLAH
besarnya jiwa Mu wahai Imran orang bawah sgt sedih dgn post kali ini. spt sesedih kematian adik aminulrasyid.:(

.:: Imran ::. said...

>>> ainul mardhiah
ni guna nama pena ke??? =)



>>> anon
ter??? apa salahnya politik...
masyarakat skrg je pemikiran da dipisahkan
between politik n agama



>>> farhan
haha ape ni an...malu la kite @_@

ainul mardhiah said...

>>>>farhan
agak pndila sbnrnya im ni tahan sedey..belajarla dr dyer...=)..alhamdulillah sekurang-kurangnya ex.n.pengerusi ni blh jd teladan kat org keliling masa tu...yg member2 memandang ni pun lega jgk la tgk keadaan dia.alhamdulillah.





>>imran
a'ah...nama pena..dont you know me im..x knl pon bgs gak...=)

.:: Imran ::. said...

>>> ainul mardhiah
siapa kata xkenal...
-medical student @ mahsa university college
-bekas mahasiswi universitas andalas padang
-live @ batu berendam melaka
-org yg sudi membantu menyelesaikan soalan kimia ketika tutor H4T3
-ade seorang abg n adik lelaki
*someone which will score high in her final sem xam =P Gud Luck!!!

ainul mardhiah said...

-good memories...act.ada satu lg..
-the one that buat en.im kita ni pening selalu =)
tq.....

Anonymous said...

hahahahaha...
sapekah ainul mardhiah tu???
jantung hati???
ngee~
bkn sbb politik n agama...
tp ada yg xsuka bila ckp sal politik ni...

ainul mardhiah said...

>>anon+imran
ermmm.agak sensitif gakla psl isu politik+agama ni tp asalkn kita ikhlas n jujur + yakin dgn apa kita lkkn..insyaallah semoga semuanya lancar dan jihad kita diterima Allah...ameen ya Rab.

>>haaa..yg tu biar saya jwb..siapa saya..secret..
jantung hati tak der jantung pisang ada..=)
frendz senegeri jer..no doubt..=)

budakecik said...

hohoho...
hidup PAS...
mati UMNO...
ish2...ayah die yb...
slamat mneruskan perjuangan ayah!!!
:)

Ta'aruf said...

>>> budakecik

Dr Zakir Abdul Karim Naik ade ckap masa dia bg talk kt Dubai...
Daripada kita doakan kemusnahan kepada org lain baik lagi kalau kita doakan supaya Allah bagi hidayah pada mereka...

Nabi sendiri bila di'offer' utk ditimpakan bala keatas kaum yg menzalimi Nabi, Nabi kata xpayah sebab walaupun mereka xnak menyembah Allah tapi Nabi berharap anak2 atau cucu2 mereka nanti sume taat n patuh serta menyembah Alah Taala...

budakecik said...

then???
hancur...hancur...hancur umno???
opss...silap lagi...
smoga umno tros idop,nt taon dpn blek nk undi sape klu umno mati... :-p
smoga umno jgak diberi hidayah...
peace no war...
hehe...
skli skla politik best gak...

Ta'aruf said...

>>> budakecik
kalau kt sini byak kala pun xpe =)
dont worry...politik ade dlm Islam...

ainul mardhiah said...

=)kalo PAS bhgn abah...UMNO bhgn emak...ha..jdnyer saya x blh mengundi la ni..ssh2..lupa plk salam dr mak..dia kata doc mesir belajau ghajin2 utk xam.g.luck!..=)

Ta'aruf said...

>>> ainul mardhiah
kalau cam 2 dacing la...
timbang sama berat...
*perli ni =)
Waalaikumsalam...
Reply balik Assalamualaikum....

Post a Comment