Astaghfirullahal’azim…
Ampunilah dosa hamba-Mu ini Ya Allah. Sungguh banyak nikmat yang Engkau berikan namun sedikit sekali aku bersyukur. Ampunilah jua dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil.
Malu, ya aku malu. Perbualan dengan emak sebelum ini membuat diri sedikit terkesima. Emak meninggalkan tiga bicara dan kata-kata mulia. Sangat mendalam dan sangat menusuk. Tiga hadith buat anaknya. Tembakan yang sangat mengena. Malu dengan orang yang lebih tua, yang tenaganya tidak sekuat anaknya, namun dia mampu menunaikan semua yang wajib. Di tambah pula kekuatan ‘berjumpa’ Penciptanya di sepertiga malam terakhir serta istiqomah dalam menghadiri kelas-kelas agama.
Semoga tiga kalam kekasih Allah itu menjadikan diri ini lebih kuat dan sebagai bimbingan buat diri dan rakan-rakan.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Subuh dan solat Isyak. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak.” [HR Bukhari dan Muslim]
Dari Buraidah RA, Rasulullah SAW bersabda : "Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan untuk ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang sempurna pada hari kiamat." [HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Dua rakaat solat Fajar (sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” [HR Muslim]
Terasa malu juga terhadap dua orang yang diceritakan oleh Ustaz Salman. Pasangan adik beradik kembar Mahamud & Ezzad yang gila. Mereka ke masjid sewaktu solat Subuh setiap hari dengan istiqamahnya.
Malu pula kepada Ahmad, anak kepada tuan rumah yang lama. Dia remaja ‘istimewa’ dan sering kali dibuli kanak-kanak setempat. Tapak tangannya sentiasa berpeluh dan terasa basah setiap kali bersalaman dengannya. Ahmad akan ke masjid setiap kali masuknya waktu solat, bukan masjid berhampiran rumahnya bahkan lebih jauh sedikit.
Ya Allah mengapakah diri yang sentiasa dikurniakan kesihatan ini tidak mampu melakukan ketaatan sebagai seorang hamba-Mu?
“Ya Allah berikanlah kekuatan dalam menunaikan ketaatan kepada-Mu”
~ Seharusnya Lebih Malu Pada-Mu Ya Allah ~
Rujukan : Kitab Riadhus Solihin & Sohih Bukhari









2 Wasiat Ditinggalkan:
'ya allah aku penat ya allah..aku penat..apakah slhku lagi..mana silapku..aku tak larat ya allah dgn setiap dugaan yag kau berikan tanpa putus..ya allah berikan aku satu jln ya allah aku penat!!!
>>pernah anda mengeluh begini..
..tak terasa ker betapa pelupa nye kita ni...dlu NIKMAT datang bergolek..ameen ya allah...syukur alhamdulillah..bila DUGAAN dtg..dahla tu penat..satu2!realiti.. merungutnyer kita kan...br nak uji ckt tu..
>>utk drenung bersama....dan utk sy jg yg pelupa..
1 yang kita selalu lupa...
NIKMAT juga ialah satu UJIAN!!!
Post a Comment