Sesungguhnya tidak..sama sekali tidak…bahkan ia amat berbeza..amat jauh berbeza
Ya Allah..betapa sombongnya aku terhadap Mu..biarpun zahirku Engkau ciptakan begitu indah
Namun hati ku tidak seindah zahirku..sedangkan hati ku ini lah yang menjadi nilaian Mu,bukannya zahir ku..
Ya Allah..sungguh jahat diriku ini..adakah layak diriku bergelar hambaMu..sedangkan nilaian Mu langsung tidak ku endah
Aku lebih suka membersihkan segala kekotoran di zahirku,agar aku mendapat pandangan dunia..
Aku membersihkan diriku dari sifat lemah,agar manusia memandang ku hebat..sehebat seorang mujahid,sedangkan manusia itu sememangnya bersifat lemah
Aku membersihkan diriku dari sifat jahil agar manusia memandangkan sebagai seorang yang bijak,bijak laksana seorang alim,sedangkan segala ilmu datangnya dari Mu
Aku membersihkan diriku dari dipandang hodoh,sedangkan bila-bila waktu Engkau boleh merampas segalanya
Banyak..sungguh banyak..aku membersikan diriku dari segala sifat lemah agar manusia memujaku,memuji ku…walaupun pandangan manusia itu belum tentu akan ku genggami
Bagaimana hati ku..bagaimana jiwa ku,bagai mana nurani ku…
Adakah aku hanya perlu membiarkan ia terus dikotori..terus dinodai??
Ya Allah…aku mengapa aku sibuk membersihkan zahir ku ,padahal aku tidak membersihkan akhlakku dari sifat mazmumah.
.aku tidak membersihkan ibadat ku dari mensyirikkanMu
,aku tidak membersihkan diriku dari kotoran penyakit hati,
aku tidak membersihkan jiwaku dari sifat takabbur,tidak mensyukuri nikmatMu.
dan mengapa aku tidak membersihkan diriku dari terus dibelenggu dosa..dosa yang sentiasa mengalir memenuhi ruang kamar hati ku.
Kerana jiwaku tidak mencintaiMu sepenuh hati,biarpun bibir menafikannya,aku lebih mencintai dunia dari mencintai akhiratMu,aku lebih mencintai manusia,aku sering memikirkan tentang dunia dan manusia dari mengingatiMu.
Aku menjadikan nafsu sebagai Tuhanku dan aku menjadikan dunia sebagai syurgaku
“Mungkin” manusia memandangku..namun tidak sama sekali Engkau akan memandangku..bagaimanakan keadaan ku bila akan akan mengadapMu nanti…sudah tentu Engkau langsung tidak akan megendahkan rayuan ku kerana sewaktu aku diberi masa dunia aku langsung tidak mengendahkan Mu..
Aku sentiasa membersihkan zahirku…dan aku membiarkan batinku terus dikotori..sampai bila kah???
Biarpun aku merasakan bahawa diri ku ini bersih,tetapi pada hakikatnya diriku sangatlah kotor~~~
Wahai manusia..sedarlah bahawa kamu milik Allah..mengapa kamu begitu tegar menentang Allah setiap hari..mengapa kamu begitu rela membiarkan dirimu melanggar perintah Allah dan tidak mengikut suruhaNya..beginikah yang kamu katakan bahawa kamu adalah hamba Allah sedangkan setiap detik kamu menetangnya dengan maksiat yang kamu lakukan..ingatlah Kubur setiap hari memanggilmu,malaikat izrail setiap masa menziarahimu,kamu pasti..kamu pasti akan menjadi sebahagian dari tanah..dan ketika itu,zahir yang sentiasa kamu yang bersihkan akan terus dimamah ulat,ular yang begitu bisa..ini bukan mainan..tetapi ini adalah kepastian..
Janganlah…janganlah lagi terus menerus menentang suruhan Allah walaupun sekecil pasir di gurun yang luas.kerana dosa balasanya api….bersihkan batinmu...untuk di persembahkan pada hari yang mana tiada pembelaan untuk manusia kecuali ketaatannya
“Pada hari tiada lagi manfaat harta dan anak-anak,kecuali mereka yang datang dengan hati yang sejahtera(bersih)”
Bersihkah Aku????
Posted by,
[ Angah ]











3 Wasiat Ditinggalkan:
nice post...ko wat aku muhasabah diri ak balik...thanx... :)
>>> bLaDe
ada budak comel kat sini yang tulis...
dia tumpang post...dia ada je blog...
kalau ak tulis siapa je la yg baca blade...
subhanallah...terasa sangat diri ni kotor....syukran atas perkongsian ini...
Post a Comment